Category Archives: Panduan Halal

scan

Pendedahan Benda Haram Dalam Ubat!

Ulasan Buku oleh Berita Harian
19 Disember 2012
Mukasurat 34

(Anda boleh klik gambar di atas untuk besarkannya)

 Dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran anda atau anda boleh layari http://www.halalscience.com untuk maklumat lanjut.

 

Terima Kasih.

 

Admin

 

Awas Ubat Cirit Birit Ada Babi!

Assalamualaikum,

Saya doakan dan semoga para malaikat pun bersama saya mendoakan supaya anda semua sentiasa sihat wal afiat dan dilimpahi dengan nikmat dan rezeki yang melimpah ruah :) .

Anda ada pengalaman kena diarrhea atau cirit birit tak? Sengsara juga bila kena diarrhea ni, terpaksa berulang alik ke tandas 4, 5 kali sehari, kadang-kadang tu sampai kena bersedia depan pintu tandas jer.

Sejak cuti sekolah akhir tahun ni, ramai juga kawan-kawan saya yang mengadu sakit perut, diarrhea dan ada yang kena cirit birit sampai 3-4 hari. Almaklumlah cuti sekolah ni ada banyak jemputan kenduri kahwin selain bawa family dan anak anak pergi cuti.

Ramai yang terkena diarrhea mungkin sebab makan di banyak tempat yang kadang-kadang kita tak tahu tahap kebersihannya. Baru-baru ni, ada seorang kawan datang berjumpa saya sambil tunjukkan gambar ubat di muka surat 106 buku Halalkah Ubat Anda?..

“Inilah ubat cirit birit yang doktor tu biasa bagi kat saya tapi doktor tu tak pernah bagitau pun ubat ni ada babi!”.. “Astaghfirullah, selama ni saya makan ubat babi lah rupanya..” katanya dengan muka terkejut.

Kes sama macam kes kawan saya ni pun sebenarnya pernah disiarkan oleh akhbar Kosmo pada 7 Mei 2010, di mana seorang datuk diberikan ubat yang sama oleh sebuah hospital swasta. Selepas makan ubat tu, baru dia sedar gelatin kapsul ubat tu menggunakan gelatin campuran lembu dan babi.

Anda boleh baca berita penuh kes ni dan keratan akhbarnya di http://www.halalscience.com

Ramai yang rasa lega bila ubat ini dikatakan telah ditarik balik oleh Kementerian Kesihitan. Tetapi, perkara sebenarnya, ubat ini ditarik balik oleh syarikat pengedarnya supaya diletakkan label ia menggunakan gelatin daripada babi dan selepas itu ia boleh dipasarkan semula.

Jadi, bila anda diberikan ubat cirit birit oleh doktor, jangan lupa untuk periksa dulu jenis gelatin kapsul yang digunakan ataupun terus bertanya pada doktor.. “Ubat ni ada gelatin babi ke tidak?”

Anda boleh rujuk gambar dan jenama ubat cirit birit yang mengandungi babi ni supaya anda tidak menjadi seperti “mangsa” yang lepas makan baru tahu ada unsur babi.


Kongsikan gambar ini dengan kawan anda, boleh juga post di facebook jika ada supaya umat Islam yang lain tidak menjadi mangsa ‘ubat babi’ ni.

Semoga kita sentiasa dijauhi  benda-benda haram dan terpelihara dari perkara-pekara yang syubhah.

 

Terima kasih.

Abd Rahman, B. Pharm

Penulis Buku,

“Halalkah Ubat Anda?”

Benarkah Vaksin Haji Haram

Benarkah Vaksin Haji Haram?

Bermula tahun 2001 Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal jemaah Haji untuk mengambil suntikan vaksin meningitis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berlepas ke tanah suci bagi memastikan tahap kesihatan meraka terjamin sewaktu menunaikan rukun Islam kelima ini.

Namun, timbul keraguan berkenaan status halal haram vaksin tersebut yang dikatakan dihasilkan melalui proses yang bercampur dengan unsur babi ataupun unsur haiwan lain yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

Dilema Halal Haram Vaksin Haji ini mula tercetus apabila Majelis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa vaksin meningitis untuk jemaah Haji yang diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi adalah haram kerana mengandungi enzim daripada babi dalam proses penghasilannya. Isu vaksin ini turut dibangkitkan oleh pelbagai pihak di Malaysia dan mengesa supaya fatwa pengharamannya dikeluarkan.

Buku Fizikal bertajuk “Vaksin Haji Haram?” ditulis khusus untuk membincangkan dengan lebih lanjut tentang proses penghasilan vaksin Meningokokal Meningitis, fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan dan pendapat-pendapat ulama serta kaedah-kaedah fekah yang berkaitan dengan penggunaan vaksin ini.

Buku “VAKSIN HAJI HARAM?” ini kini boleh didapati di rangkaian Kedai-Kedai Buku Terkemuka ataupun dapatkan secara online melalui MPH ONLINE di http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789671006030

Untuk tempahan eksklusif, anda boleh hubungi Penulis melalui facebook [Rahman Baco] di http://www.facebook.com/abdrahman.bpharm  ataupun melalui email di halalsains@gmail.com

 

“MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU KE ATAS MUSLIM”

Terima Kasih,

Abd. Rahman Baco

Admin.

 

 

Bila Yang Haram Menjadi Halal

Vaksin Haji Haram?

Benarkah Suntikan Vaksin Meningokokal Meningitis Untuk Jemaah Haji dan Umrah Mengandungi Unsur Babi?

Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal jemaah Haji untuk mengambil suntikan vaksin meningitis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berlepas ke tanah suci bagi memastikan tahap kesihatan meraka terjamin sewaktu menunaikan rukun Islam kelima ini.

Namun, timbul keraguan berkenaan status halal haram vaksin tersebut yang dikatakan dihasilkan melalui proses yang bercampur dengan unsur babi ataupun unsur haiwan lain yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

Fatwa Majelis Ulama Indonesia

Dilema Halal Haram Vaksin Haji ini mula tercetus apabila Majelis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa vaksin meningitis untuk jemaah Haji yang diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi adalah haram kerana mengandungi enzim daripada babi dalam proses penghasilannya. Isu vaksin ini turut dibangkitkan oleh pelbagai pihak di Malaysia dan mengesa supaya fatwa pengharamannya dikeluarkan.

KRONOLOGI WABAK MENINIGITIS

1963

Bakteria Neiserria Meningitis jenis W135 dikenalpasti dan  dilaporkan di dalam American Journal Epidemiology. Pada mulanya ia dianggap jarang menyebabkan jangkitan.

1987

Wabak penyakit Meningitis pertama kali menular di peringkat antarabangsa dan dikaitkan dengan program Haji. Ia disebabkan oleh bacteria Neiserria Meningitis kumpulan A (MenA). Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan pelalian terhadap Meningitis MenA sebagai syarat pengeluaran visa kepada bakal haji dari negara-negara berisiko.

1988

Terdapat penurunan jangkitan Meningitis di kalangan jemaah haji di seluruh dunia.

1990

2.6 – 4% kes jangkitan meningitis dilaporkan diUnited Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat didapati disebabkanoleh bakteria Neiserria Meningitis kumpulan W135.

2000

Selepas musim haji pada tahun 2000, lebih 400 kes jangkitan meningitis dikalangan jemaah haji dan keluarga terdekat mereka dilaporkan daripada 16 buah negara.

2001

Wabak Meningitis peringkat antarabangsa berlaku lagi di kalangan jemaah haji dan keluarga terdekat mereka. Kali ini kebanyakan kes yang dilaporkan adalah daripadaUnited Kingdomdan Arab Suadi sendiri.

2001

Penularan wabak Meningitis semasa musim Haji yang disebabkan oleh bakteria jenis W135 telah memaksa kerajaan Arab Saudi untuk mewajibkan pelalian vaksin Meningitis jenis quadrivalent A/C/Y/W135 sebagai syarat pengeluaran visa Haji kepada semua negara pada Mei 2001.

2002

Kerajaan Arab Saudi meminta semua negara yang menghantar jemaah haji dan umrah menyediakan suntikan vaksin meningitis dan menjadikannya prasyarat pengeluaran visa.

2002

Keraguan status Suntikan Pelalian Vaksin Haji mula timbul apabila terdapat pihak yang mendakwa vaksin Meningitis mengandungi unsur babi dan meminta Kerajaan Arab Saudi mengkaji semula prasyarat pengeluaran visa.

 

Buku terbaru “VAKSIN HAJI HARAM?” ini boleh didapati di kedai-kedai buku terkemuka ataupun dapatkan secara online di

=> http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789671006030

Untuk tempahan eksklusif, anda boleh hubungi penulis melalui facebook [Rahman Baco]  http://www.facebook.com/abdrahman.bpharm ataupun email halalsains@gmail.com

Kenali Bahan Kritikal Dalam Ubat

 Bahan-Bahan Kritikal Dalam Ubat Yang Perlu Dipastikan Sumbernya

Produk Farmaseutikal atau lebih senang kita panggil ubat-ubatan ini terdiri daripada bahan aktif (ubat) dan bahan tidak aktif ataupun eksipien. Eksipien digunakan sebagai pembawa bahan aktif di dalam ubat. Biasanya bahan aktif dalam ubat susah untuk diserap oleh badan, jadi ia perlu dicampur dengan eksipien.

Ubat Mengandungi Bahan Aktif dan Eksipien
Bahan eksipien ni juga digunakan untuk memberi saiz atau bentuk kepada ubat yang mengandungi bahan aktif yang sangat kecil supaya ia mudah diambil. Selain itu, eksipiend digunakan semasa proses pengilangan untuk membantu penghasilan ubat. Eksipien yang berbeza digunakan bergantung dengan cara pengambilan dan bentuk ubat.
Bahan-Bahan Kritikal Dalam Ubat
Ada beribu-ribu jenis bahan aktif dan eksipien yang digunakan dalam penghasilan ubat. Oleh itu, beberapa bahan yang berkemungkin dihasilkan daripada sumber yang tidak halal kita kategorikan sebagai Bahan-Bahan Kritikal supaya kita dapat beri lebih perhatian antaranya ialah:
1. Albumin
2. Alkohol
3. Asid Amino
4. Arachidonic Acid
5. Kapsul
6. Cysteine
7. Collagen
8. Enzim
9. Gelatin
10. Lipids
11. Asid Laktik
12. Progesterone
13. Vitamin A
14. Vitamin B
15. Vitamin D
16. Vitamin E
17. Lechitin
18. Asid Stearik
19. Gliserin
20. Lanolin
Kenapa Vitamin A,B,D dan E juga termasuk dalam Bahan Kritikal?
Pasti ramai yang tertanya tanya.. Sebenarnya dalam penghasilan Produk Vitamin, pihak pembekal bahan mentah untuk vitamin seperti beta-karotene, lutein dan vitamin D menggunakan sedikit gelatin untuk memastikan kestabilan dan jangka hayat bahan aktif ini. Oleh itu gelatin dari sumber sumber babi atau lembu digunakan dalam penghasilan produk
vitamin ini.
Mesej yang penting perlu kita ingat ialah bukan ubat yang berbentuk kapsul sahaja yang mengandungi gelatin, vitamin-vitamin dalam bentuk tablet juga ada yang menggunakan gelatin dalam kandungannya.
Jadi bacalah label ubat sebelum kita membeli, atau lebih senang kita  terus bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tempat kita beli.
“Doktor, ubat ni ada kandungan dari sumber haiwan tak ?”
Insya Allah doktor tu akan membantu anda mencari jawapannya.
Terima kasih,
Abd Rahman Baco
.

Pesakit Tiada Pilihan Selain Menerima Ubat Diberi Doktor Tanpa Tahu Status

Pakar Islam Perlu Teroka Vaksin Halal: Pesakit Tiada Pilihan Selain Menerima Ubat Diberi Doktor Tanpa Tahu Status
Berdasarkan Kamus Dewan, vaksin merupakan sediaan bakteria, virus yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu.
Penggunaan vaksin dalam dunia perubatan moden sangat meluas bagi mencegah atau bahan pelalian kepada pelbagai jenis penyakit. Bagi umat Islam, mendapatkan vaksin dan ubat-ubatan yang halal dan suci adalah suatu tanggungjawab, kecuali dalam keadaan darurat.
Pada masa ini terdapat lebih 1.3 billion umat Islam di seluruh dunia terpaksa bergantung kepada vaksin dan produk-produk farmaseutikal yang tidak diketahui status halalnya. Rangkaian industri farmaseutikal utama dunia dikuasai oleh syarikat-syarikat daripada Barat. Pakar-pakar dan pengkaji dalam bidang ini juga dikuasai oleh mereka sedangkan Negara Islam hanya menjadi negara pengguna.
Saranan Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam majlis pecah tanah pembinaan Pusat Penyelidikan produk Asli, Vaksin dan Biologikal (9-Bio) di Tachpark Bandar Enstek, Labu Negeri Sembilan baru-baru ini supaya syarikat farmaseutikal antarabangsa menjalin usaha sama dengan Malaysia bagi membangun vaksin halal untuk memenuhi keperluan pasaran dunia sangatlah dialu-alukan.
Menerusi penglibatan syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa yang telah pun berpengalaman luas dalam bidang ini, Malaysia boleh mendapat pelbagai manfaat dari segi teknologi dan hasil-hasil penyelidikan yang dilakukan. Kita patut mengucapkan syabas kepada semua pihak atas idea dan usaha-usaha ini yang sangat bertepatan dengan Pendekatan Islam Hadhari yang ingin sesuatu inovasi serta meneroka penemuan-penemuan baru untuk kesejahteraan hidup masyarakat.
Jika usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, sudah pasti ramai umat Islam merasa lega. Di samping itu pasaran produk halal bagi barangan tersebut tentunya sangat luas meliputi Negara-negara Islam dan negara-negara lain.
Berdasarkan ramainya jumlah pelanggan yang mendapat perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital-hospital menunjukkan bahawa tahap keyakinan masyarakat terhadap perubatan moden termasuk penggunaan bahan-bahan farmasi atau vaksin ketika ini sangat tinggi.
Mereka merasa begitu yakin untuk menggunakan kaedah perubatan moden kerana tindak balas ubat-ubatan ternyata cepat dan berkesan. Namun keraguan masyarakat Islam terhadap kesucian vaksin dan ubat-ubatan yang digunakan tetap ada.
Pada masa ini semua pesakit tiada pilihan melainkan menerima apa saja ubat yang diberikan oleh doktor tanpa bertanya status halal atau tidak ubat yang mereka terima. Dalam konteks ini Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sendiri telah mengharuskan penggunaan vaksin tertentu dari sumber yang tidak halal, semata-mata atas dasar darurat bagi mengelak kemudaratan atau sakit yang lebih memudaratkan.
Persoalannya, sampai bilakah umat Islam perlu meletakkan dirinya dalam keadaan ‘darurat’ seumpama ini sedangkan dalam masa yang sama di kalangan masyarakat Islam sendiri telah ada individu yang pakar dalam bidang perubatan, farmasi dan sebagainya.
Oleh itu adalah menjadi tugas para ilmuan, tokoh-tokoh agama, pakar-pakar perubatan, ahli-ahli farmasi tampil bagi menyahut cabaran ini. Mereka perlu mengadakan perancangan dan penyelidikan yang lebih serius bagi menerokai bidang pengeluaran vaksin halal sebagai suatu jihad yang perlu diberi keutamaan.
Justeru, kesediaan Malaysia mempelawa penglibatan syarikat-syarikat farmasi terkenal dunia melabur produk farmaseutikal halal di Malaysia sangat tepat sebagai suatu pendekatan yang lebih realistik berdasarkan situasi semasa.
Ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa kelebihan Malaysia kenapa ia perlu melaksanakan misi bagi membangun vaksin halal. Antaranya ialah ;
· Malaysia merupakan sebuah Negara Islam yang sedang membangun dalam pelbagai bidang teknologi. Masyarakat Islam di seluruh dunia menaruh kepercayaan dan harapan tinggi kepada keupayaan Malaysia menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan yang melanda umat.
· Pada masa ini dunia mengiktiraf peranan Malaysia sebagai hub halal antarabangsa yang unggul. Pengesahan halal Malaysia mempunyai standard yang tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Lebih-lebih lagi keupayaan Malaysia menyediakan standard halal yang sistematik dan komprehensif berdasarkan MS 1500 : 2004 (Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan).
· Kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Persidangan Pertubuhan Negara Negara Islam (OIC) pada masa ini telah memberikan kredit dan pengaruh tidak secara langsung dengan kemajuan dalam bidang pembangunan Islam.
· Malaysia sedang melaksanakan Pendekatan Islam Hadhari yang mengandungi 10 prinsip untuk dibangunkan, termasuk dari aspek sains dan teknologi, ekonomi dan kualiti hidup. Oleh itu usaha bagi mengeluarkan produk farmasi halal merupakan suatu inovasi Islam hadhari yang sangat tepat dengan pendekatan ini bagi menafaat manusia secara global.
· Malaysia mempunyai sumber bahan mentah dan prasarana yang baik untuk mambangun industri ini. Penggunaan jenama dan label “Made in Malaysia” bagi produk-produk farmasi yang di kilang di Negara ini sangat strategik dan mampu meningkatkan pasaran terhadap Negara-negara Islam yang sebahagian besarnya terletak di Asia.
Kita berkeyakinan bahawa Negara Islam seperti Malaysia mampu mempelopori usaha ini bagi menyahut keperluan fardu kifayah, setelah sekian lama umat Islam terbelenggu dengan teknologi farmaseutikal moden yang dirumus dari sumber bahan yang tidak pasti status halalnya.
Umat Islam perlu menyahut cabaran ini serta mencontohi tokoh-tokoh keilmuan Islam tersohor di abad-abad pertengahan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Zahrawi, Al-Razi dan Ibnu Nafis yang pernah menerokai usaha-usaha dalam bidang perubatan.
Ketahui Senarai Ubat Mengandungi Unsur Babi di http://www.halalscience.com

Pemimpin, usahawan dan pakar-pakar ilmuwan Islam perlu bergabung tenaga bagi menjayakan usaha ini. Mereka perlu menggali semula kejayaan para saintis Islam masa lalu serta memanfaatkan teknologi semasa untuk merumus formula-formula baru yang lebih inovatif bagi menghasilkan vaksin yang boleh digunakan tanpa was-was. Selain vaksin, usaha juga boleh dilakukan bagi memastikan semua produk kesihatan dan pemakanan tambahan yang dijual di kedai-kedai farmasi adalah halal kerana produk tersebut digunakan secara meluas oleh masyarakat.
Penubuhan Pusat Penyelidikan Bio9 di Malaysia yang menyediakan kemudahan teknolgi penyelidikan, diagnosis dan vaksin terkini diharap akan menjadi asas kepada pertumbuhan industri perubatan berkonsepkan halal di rantau ini khasnya dan dunia amnya.
Sumber:
Mohamad Nordin Ibrahim
Panel Penulis JAKIM
Berita Harian, 8 Sept 2006

Panduan Pengambilan Ubat Ketika Berpuasa

Panduan Pengambilan Ubat Ketika Berpuasa:

Assalamualaikum semua,

Bersempena bulan Ramadhan, saya cuba mengambil inisiatif untuk menyediakan

panduan berkenaan cara pengambilan ubat ketika berpuasa:

 

Jika anda perlu mengambil ubat mengikut arahan tersebut anda boleh..

2 Kali Sehari Selepas Makan -

Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dan sekali selepas bersahur

3 Kali Sehari Selepas Makan -

Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa, sekali sebelum tidur dan sekali selepas bersahur. Pastikan anda mengambil sedikit makanan sebelum tidur (moreh).

2 Kali Sehari Sebelum Makan -

Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air kemudian solat maghrib dan selepas itu boleh berbuka puasa dengan makan makanan seperti biasa (lebih kurang jangka masa setengah jam).

Pengambilan ubat yang kedua haruslah setengah jam atau satu jam sebelum anda bersahur (hendaklah bersahur pada waktu paling hampir dengan waktu imsak)

3 Kali Sehari Sebelum Makan - 

Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air kemudian solat maghrib dan selepas itu boleh berbuka puasa dengan makan makanan seperti biasa (lebih kurang jangka masa setengah jam).

Pengambilan ubat kedua diambil setengah jam atau satu jam sebelum tidur tanpa moreh.

Pengambilan ubat yang ketiga haruslah setengah jam atau satu jam sebelum anda bersahur (hendaklah bersahur pada waktu paling hampir dengan waktu imsak).

1 Kali Sehari Sebelum/Selepas Makan -

Waktu berbuka puasa atau bersahur, secara konsisten.

4 Kali Sehari -

Minta nasihat doktor akan alternatif lain.

 

Jenis Ubat yang MEMBATALKAN puasa jika diambil di waktu berpuasa:

1. Ubat Biji

2. Ubat Minum

3. Ubat Titis Mata

4. Ubat Titis Telinga

5. Ubat Titis Hidung

6. Ubat Suppositori

7. Ubat Pesari

8. Ubat Inhaler / rawatan inhaler

 

Jenis ubat yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA kecuali jika melibatkan kawasan rongga terbuka.

1. Ubat Krim

2. Ubat Salap

3. Ubat Losyen

4. Ubat Sapu

5. Ubat Injeksi Bolus

6. Ubat Injeksi Infusi

7. Ubat Kumuran

8. Ubat yang diletakkan di bawah lidah tetapi tidak ditelan.

 

p/s : Maklumat yang diberikan di atas adalah sebagai panduan umum. Sila patuhi arahan doktor

Rujukan :

1. Jabatan Farmasi, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

2. Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS)

3.  JAKIM : Buku Panduan Puasa Bagi Pesakit

 

Ketahui HALAL atau TIDAK ubat-ubatan anda di http://www.halalscience.com

 

 

Buku ini Mengubah Cara Saya Berfikir


Video ini telah saya terima daripada salah seorang pembaca buku Halalkah Ubat Anda? Alhamdulillah semoga maklumat di dalam buku ini dapat meningkatkan tahap kesedaran halal dan menambah ilmu pengetahuan orang ramai tentang pentingnya mengetahui tentang ubat-ubatan yang anda ambil.

Dapatkan Buku ini sekarang di http://www.halalscience.com

Halalkah Alkohol dalam Makanan dan Ubat-Ubatan? Part 1

Adakah semua makanan, minuman dan ubat-ubatan yang mengandungi alkohol itu haram?

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.